Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 26 Mei 2011

SAJAK :  WANG



Wang.
Wang?
Wang!

Kerana wang
Orang jadi beruang
Meratah setiap tulang
Kemanusiaan
Orang jadi pejuang
Seperti lalang
Di daratan lupa

Kerana wang
Orang jadi bajingan
Menyamun kesetiaan
Merompak keikhlasan
Mencuri kehormatan

Wang
Memisahkan kaya dengan miskin
Menjarakkan kota dengan desa
Membezakan ikhlas dengan pura-pura

Wang
Kawan jadi lawan
duka jadi bahagia
madu jadi bisa
dalam sandiwara manusia!


Khamis, 7 April 2011

Ke Arah Masyarakat "Celik Wang"

     Memang tidak dinafikan betapa pentingnya masyarakat kita mempunyai pengetahuan dalam menguruskan kewangan. Ini adalah bagi memberikan masa depan yang terjamin. Tanpa pengurusan kewangan yang betul, masyarakat kemungkinan akan terjerumus kelembah hutang. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala-gejala yang kurang sihat dan yang mana boleh menjadikan masyarakat yang tidak harmoni.




    Oleh itu sebagai langkah awal, masyarakat perlu memahami konsep pengurusan kewangan atau masyarakat perlu celik wang. Ini bagi membantu mereka dalam menguruskan kewangan harian mereka, disamping membuat simpanan, pelaburan, perlindungan insuran dan akhir sekali adalah untuk simpanan hari tua.

    Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit, dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

    Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa remaja kita. Cuma amalan ini belum lagi berakar umbi dalam masyarakat kita. Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat. 



    Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.




     Seterusnya pada usia yang tua, kesihatan amat penting ketika itu. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan kita di hari tua. Walaupun, kita mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang kita perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh yang demikian, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.


         Kesimpulannya, kita hendaklah tetapkan kadar tahunan pengeluaran wang persaraan kita kerana ianya merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Kita hendaklah juga berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.

        

    


AJK PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA

1. Pengerusi : Pn Hajjah Mazenah Bt. Muhamed
2. Timbalan Pengerusi : En. Nazri Bin Mohd
3. Naib Pengerusi 1 : Pn. Hajjah Zakiah Zairani Bt. Mat Zin
4. Naib Pengerusi 2 : Tn. Haji Muhd. Amin Bin Haji Hassan
5. Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Shukri Bin Abu Bakar
6. Naib Pengerusi 4 : En. Abdul Halim Bin Omar
7. Setiausaha : Pn. Rozida Bt. Abdul Kadir




Ahli :
1. Pn. Norizan Bt. Hashim (GK Bahasa)
2. Encik Kamaruddin B Hussin (Guru ICT)

Selamat Datang

Assalamualaikum...Selamat datang ke laman saya, saya harap dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada anda semua..

Terima kasih kerana mengunjungi laman saya..

Sekian terima kasih.

08/04/2011